Tuesday, 15 March 2016

SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT AGAMA DAERAH SETIU (PADS)

Pejabat Agama Daerah Setiu, dahulunya dikenali dengan nama Pejabat Qadi Daerah Setiu dan diwujudkan sekitar tahun 1986 yang terletak di bangunan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), di Bandar Permaisuri. Pegawai Agama Daerah yang pertama adalah Abdullah bin Abbas. Kemudian, pada tahun 1983, Pejabat Qadi Daerah telah berpindah ke bangunan Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Setiu.

Pada tahun 1997, Pejabat Qadi Daerah telah ditukar kepada Pejabat Agama Daerah Setiu. Kemudian, pada 20 Mei 2013, Pejabat Agama Daerah Setiu sekali lagi berpindah ke bangunan baru yang terletak bersebelahan dengan Hospital Setiu. Justeru, Pejabat Agama Daerah Setiu telah beroperasi dengan rasminya di bangunan sendiri pada Mei 2013. Pegawai Agama Daerah Setiu pada masa itu adalah Haji Moktar bin Salleh. Walaubagaimanapun, setelah beliau berpindah, jawatan tersebut telah digantikan oleh Pegawai Agama Daerah Setiu yang baharu iaitu Ustaz Mohd Sofiyuddin bin Yussof.

Pentadbiran Pejabat Agama Daerah Setiu mempunyai beberapa bahagian antaranya:-
i.         Pentadbiran dan Kewangan
ii.            Unit Dakwah
iii.           Unit Pengurusan Masjid
iv.           Unit Penguatkuasaan
v.            Unit Undang-Undang Keluarga Islam
vi.           Unit Penyelidikan

Pejabat Agama Daerah Setiu mempunyai bilangan kakitangan seramai 48 orang yang terdiri daripada tiga kumpulan:-
i.             Kumpulan A (Profesional)- 1 orang
ii.            Kumpulan Sokongan i- 34 orang
iii.           Kumpulan Sokongan ii- 7 orang

iv.           Kakitangan kontrak sementara- 6 orang

PENGENALAN

Pejabat Agama Daerah Setiu (PADS) adalah sebuah jabatan yang bernaung di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Dari awal penubuhannya, jabatan ini bertanggungjawab dalam bidang dakwah, nikah kahwin, cerai dan rujuk, pencegahan jenayah syariah, kebajikan masyarakat seperti muallaf serta lain-lain bidang yang berkaitan dengannya dalam Daerah Setiu, Terengganu.

Matlamat penubuhan jabatan ini adalah untuk menyebarkan dakwah islamiah dalam usaha mewujudkan masyarakat madani berteraskan khairu ummah yang membudayakan dan mengamalkan cara hidup secara islamik serta berpandukan  Al-Quran dan Sunnah. Selain dari itu, adalah menjadi matlamat jabatan ini untuk menyumbang kearah ketamadunan bangsa dan agama yang mampu berijtihadik, ensiklopedik dan quranik di peringkat daerah Setiu.